Want your
own Fotopage?






 


By: Wattie Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Mar-2010 03:16 Email | Share | Bookmark
Broadband problem, nasi lemak dan mini sardine roll

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Maulidur Rasul,

Dua, tiga hari lepas, broadband buat hal, tak leh connect pulak. Tak tau kat mana silapnya, tetiba jer jadi cam ni. Asyik appear message "simcard is not available" padahal sim card dok ada. Kita ni pun bok keluaq, bok masuk, bok keluaq, bok masuk dua tiga kali pun tak leh jugak. Lepaih tu telefon celcom tanya, depa pun suruh buat benda yang sama, kalau tak leh jugak kena pi pejabat celcom yang terdekat. Selepas habis usaha dan masih tidak menemui jalan penyelesaian saya pun telefon pejabat agent celcom dimana saya beli broadband tu dulu, Blue Cube. Appointment dibuat, esok saya akan pergi ke sana tengok apahal lak dgn broadband tu.

Keesokkannya, lepas menghantar Daney ke tadika, saya pecut ke Taman Selat ke pejabat agent Celcom. Selepas mencuba di komputernya, En Hafizi consultant yang bertugas pada hari tu memberitahu broadband tak der masalah, berkemungkinan simcard yang rosak dan perlu diganti baru. Jadi, saya kena ke Seberang Jaya dimana saya mula2 mendaftar line dan membeli broadband tu dulu. Alahai, letihnya rasa, ditambah pulak dengan cuaca panas terik begini, naik hangin satu badan dibuatnya. Mujur juga Taman Selat dengan Seberang Jaya tak jauh mana, kalau tak mesti saya dah give up dah.

Lepas parking kereta, saya berjalan ke pejabat celcom, salesgirl celcom yang berselerak kat luar pejabat memanggil saya, "kak beli broadband kak" promosi la tu. Saya pun memberitahu maksud sebenar saya, dia mengajak saya ke dalam office dan lagi sekali broadband saya diperiksa. Dekat sejam jugakla saya menunggu, agent di sana pulak kata dua2 sekali rosak iaitu simcard dan broadband, tak boleh digunakan lagi. Pening kepala saya dibuatnya, yang agent kat Tmn Selat kata broadband ok, simcard aja masalah, yang agent kat Seberang Jaya pulak kata dua2 rosak. Yang mana satu betul ni????. Oleh kerana saya ni orang yang tak banyak kerenah, dan tak suka bersoal jawab banyak2, maka saya pun tukaq saja la yang baru, habis cerita, sementelah pulak Celcom sedang mengadakan promosi broadband yang baru cuma RM100 sahaja berbanding yang lama hampir RM 400. Mujur jugak duit dalam tas tangan mencukupi. Sebelum buat registration baru, kena deactivatekan akaun lama dulu, berkeping2 jugakla borang yang nak kena isi. Mujurla, staff2 kat Celcom semuanya baik2 belaka, alhamdulillah mungkin rezeki saya gamaknya. Dan lagi, prosesnya sangatla cepat. Lepas tekan butang nombor, belum habis saya isi borang nama dah dipanggil, first time saya berurusan dengan situasi yang sebegini. Selalunya, klu saya ke mana2 pejabat macam ini kalau tak berjam2 lamanya dan ditendang kesana sini tak sah la jawabnya, heheheh . Terimakasih saya ucapkan kepada semua staff2 Celcom yang telah merealisasikan slogan" Pelanggan didahulukan, pencapaian diutamakan" (ni pandai2 pi tukaq, jangan marah na PM kita)

Petang tu jugak, saya cuba, try, test broadband yang baru. Alhamdullilah, sebagaimana yang dijanjikan oleh agent tu bahawa broadband boleh diaktifkan dalam masa sejam, maka benarla apa yang dikatakan, laju pulak tu hehehehe. apa2 pun, kepada semua staff2 Celcom di cawangan Seberang Jaya dan Taman Selat, semuga anda memperoleh manfaat dari apa yang anda sumbangkan.



Ni la dia rupa broadband peshyen lama saya Nak tau jangkahayatnya? Tak sampai dua tahun, cuma setahun setengah aja dia bertahan....elok2 habih warranty dia pun buat hal suruh kita beli lain


Ni pulak broadband yang baru ditukar, wireless, senang sikit. Harap2 tahan lama, kalau tak rabak jugak poket dibuatnya

Menu untuk hari ini, menu wajib yang mesti diselitkan jugak, nasi lemak. Buat nasi lemak ni atas permintaan anak2 sebab depa kata lama mama tak buat nasi lemak. Jumpa resepi ni kat fp kak liza, tks yer kak.


Masa ni sambal tumis tak masak lagi.


Haaaa, masih panas lagi nih........


Jemput makan semua.... Kepada yang ingin mencuba, dibawah ni saya c/p resepinya.

NASI LEMAK

Bahan2
1 kg beras AAA [basuh n toskan]
1 liter santan [5 cawan santan]
3 helai daun pandan koyakkan dan simpul
3 keping hirisan halia
3 ulas bwg merah [mayangkan]
garam secukupnya
sedikit gula jika suka

Cara
1. Masukan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
2. Bila nampak nasi kering, kacau rata dan tutup semula tudung. Biarkan ia sentiasa panas dalam periuk rice cooker.
3. Bila telah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng, ulam timun dan kangkung rebus.


SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan2
250 gm ikan bilis [bersihkan dan buangkan kepala dan rendamkan sebentar]
1 senduk cili kering mesin ]
3 labu bawang besar ] dimesin halus
sekikit belacan
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
garam
gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan air asam , ikan bilis, garam, gula dan bawang besar.
3. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendideh dan pekat dengan api perlahan.
4. Bila dah naik minyak baru angkat


Dan lagi satu resepi pilihan ialah mini sardine roll. Buat ni untuk minum petang anak beranak, memang kesukaan famili ni. Resepi asal saya ambil dari fp Jasmeen dan telah saya ubahsuai sedikit sebanyak mengikut selera tekak sendiri hehehehe.... Tks yer Meen. Kepada yang ingin mencuba, sila la jenguk kat bawah tu....





MINI SARDINE ROLL

Bahan2
Roti sandwish secukupnya
1 tin kecil sardine
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji telur - dipukul sedikit
1 biji cili merah - dimayang
Serbuk roti secukupnya - klu takder dlm stok, tumbuk jerla apa2 roti kering yang ada kat rumah tu...
garam secukup rasa
sedikit tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air utk dibuat gam)

Cara2
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili.
3. Masukkan sardine dan hancurkan menggunakan sudu sambil digaul rata.
4. Masukkan cili merah dan gaul rata. Masukkan juga garam secukup rasa.
5. Gelek roti sehingga nipis (sebab mini maka sekeping roti dipotong dua)
6. Masukkan inti, gulung dan gam hujungnya dengan tepung gandum
7. Celup roti ke dalam telur, golekkan atas serbuk roti biar tebal.
8. Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
9. Siap dan hidang dengan sos
.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net