Want your
own Fotopage?








 


By: Wattie Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Feb-2010 08:56 Email | Share | Bookmark
Apam Warna Warni/Apam Merekah/Apam Mekar, Tomyam Ayam, Kurma Aya

 
 
 
 
Salam

Resepi apam warna warni ini saya perpanjangkan di atas permintaan seorang pengunjung fp. Apam ni sebenarnya selalu sangat saya buat kerana memenuhi tempahan, cuma semenjak Daney ke tadika sahaja tergendala sebentar. Resepinya saya perolehi dalam laman my resepi dari dapur kak liza. Tekstur apam ini sangatlah gebu dan lembut dan tidak begitu manis. Sangat sesuai sebagai sarapan pagi ataupun minum petang.


Anda berminat untuk merasa keenakkan apam ini, cubala buat. Kalo payah sangat nak buat, mai la tempah dari saya



APAM WARNA WARNI / APAM MEREKAH / APAM MEKAR

Bahan2
250 gm gula - kurangkan kalau tidak suka manis
2 biji telur
1 sk esen vanila
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sk ovalette
pewarna - ikut suka
acuan kertas(papercup) secukupnya

Cara2
1. Panaskan kukusan. Sebaik2nya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
4. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan susu berselang seli sambil dipukul sehingga gebu.
6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kepada 3 bahagian)
7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya)
9. Letakkan papercup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam papercup tersebut.
10. Kukus selama 10-15 minit (bergantung kepada saiz papercup)
11. Siap untuk dihidangkan.



Tomyam adalah masakan kegemaran anak2. Selalunya dihirup begitu aja. Kalau malas nak masak, saya buat tomyam aja, rebus semua sekali habis cerita. Untuk memekatkan kuah tomyam, blendkan juga beberapa biji tomato masak dan campurkan sekali. Rasanya memang sangat sedap.



TOMYAM AYAM

Bahan2
4 gelas air - ikut rasa
2 biji bawang besar - dipotong 4 atau 6
5 biji bawang putih - diketuk
1 inci lengkuas
1 inci halia
3 biji cili padi - diketuk
6 biji limau nipis - perah airnya
6 helai daun limau purut
6 batang serai
1 sendok cili boh/cili mesin - ikut nak pedas
500 gm ayam - dipotong kecil
garam dan gula secukup rasa
apa2 lagi yang nak masuk, spt udang, ketam, lobak merah dll
3 biji tomato - dimesin halus (ini adalah untuk memekatkan kuah)

Cara2
1. Campurkan kesemua bahan2 diatas kecuali air limau, garam dan gula.
2. Rebus hingga mendidih.
3. Masukkan air limau, garam dan gula.
4. Bila ayam telah empok, bolehlah diangkat dan dihidangkan.




Kurma ayam ni pun dibuat sekali untuk hidangan hari yang sama.
KURMA AYAM
Resepinya ada kat sebelah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net