Want your
own Fotopage?






 


By: Wattie Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Jan-2010 10:59 Email | Share | Bookmark
Ayam Kicap Pedas Chef Wan, Nasi Briyani Iman dan Spongebob Cake

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam,

Hari ni seperti biasa, bukak petisejuk, ayam jugak yang berkenan, tp tak tau nak masak resepi apa. Tengok stok ada nenas, takut nanti lembik pulak bila disimpan lama2. Jadi, belek2 tengok waiting lis, kot2 ada resepi ayam yang pakai nenas. Maka, terjumpa la Ayam Kicap Pedas Chef Wan ni. Resepi ni dah lama saya print dari Suria mediacorp tv12. Rasanya memang sedap, masam2 manis nenas. Cubala kalau tak percaya.







AYAM KICAP PEDAS

Bahan2
10 keping ayam - digoreng terlebih dahulu
6 batang cili kering
8 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 st serbuk kunyit
1 cawan nenas - yang telah dipotong dadu
1/2 cawan air asam jawa
1 batang timun - dipotong 2 cm panjang (saya tak letak sebab tak der)
2 biji buah tomato - dibelah empat
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
1 bungkus stok ayam berkicap (saya guna kicap pekat jer)

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik wangi bersama serbuk kunyit.
2. Masukkan stok ayam berkicap, timun dan ayam dan digaul rata.
3. Seterusnya masukkan sedikit air, asam jawa, nenas, tomato, gula dan garam.
4. Setelah masak hidangkan ia dengan hirisan daun bawang



Ini pula, Nasi Briyani yang saya cuba buat menggunakan rempah segera IMAN, produk usahawan IKS bimbingan Fama keluaran Syarikat Zinon (Terpromote la pulak) Dah lama sebenarnya rempah ni dibeli masa shopping mingguan kat Tesco Seberang Jaya, takut expired pulak. Mudah sangat caranya cuma ikut step2 kat belakang bungkusan dan inilah hasilnya. Rasanya pun tidak mengecewakan....





NASI BRIYANI IMAN

Bahan-bahan
500 gm ( 2 1/2 cawan teh) beras
Serbuk Perencah dan Sup Bawang IMAN
8 sudu makan minyak masak

Cara-cara
1. Tumiskan rempah No 2. (Di dalam paket besar IMAN terdapat 2 paket kecil)
2. Masukkan 3 3/4 cawan teh air atau secukupnya.
3. Apabila air mendidih, masukkan beras, kacau dan tutup sehingga masak.


Yang ni pulak saja nak tempek buat kenangan. My first trial cartoon artwork cake untuk anak kecil saya yang genap 4 tahun pada 26 December 2009. Dah lepas dah, baru nak letak...Saya memang suka melihat gambar2 kartun yang dilukis di atas kek. Saya boleh terhenti begitu lama pabila melihat satu satu kek itu sambil di kepala berimaginasi bagaimana cara sifu kek menghasilkannya. Nampak begitu menarik dan cute apatah lagi bagi kanak2. Saya percaya kanak2 sangat suka gambar kartun, tambah2 kalau kartun yang dilukis tu kegemaran mereka. Saja saya memilih gambar spongebob yang agak mudah untuk first trial ni. Saya menggunakan piping gel dan buttercream dengan warna2 yang terdapat dalam stok simpanan saya aja, tidak mengikut warna2 sebenar spongebob. Lihatlah hasil percubaan pertama saya, tidak kemas dan tidak rata. Rasa tak puashati pulak bila melihat hasilnya, mungkin akan cuba lagi di lain kali sehingga dapat yang betul2 mantop (meminjam kata Ustaz Zamri)








View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net