Want your
own Fotopage?








 


By: Wattie Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 25-Oct-2009 01:00 Email | Share | Bookmark
Kari Kepala Ikan dan Rendang Asam Ikan Seludu

 
 
 
 
 
 
zsSalam,

Hari Sabtu lepas, hubby pergi pasar malam kat taman dekat rumah dan dia bawak balik ikan ni, katanya ikan seludu, dia kata isinya nampak elok sebab tu dia beli. Masa kita pergi tesco hari tu tengok ikan mata semua dah merah2 belaka, nampak lembik semacam, tak jadi beli ler. Senang nak masak ikan ni sebab dah siap disiang, balik cuma basuh jer. Lepas tu kepalanya buat kari kepala ikan dan badannya pulak buat rendang asam, senang kira, satu ikan dapat dua macam hidangan, tambah sikit sayur campur, dah cukup ler hidangan untuk hari tu. Kedua-dua resepi ni adalah resepi arwah ibuku, memang senang sangat untuk dibuat. Teringat masa arwah ibu masih ada, dia selalu buat kari ikan kembung, sayur sawi, ikan goreng dan sambal belacan. Hidangan ni memang dah boleh hafal dah. Walaupun hidangan ni semua nampak ringkas tp sangat2 menyelerakan mungkin juga sebab air tangan ibu kan. Ok la aku kongsikan masakanya kat bawah ni kot ada sesapa nak cuba.



KARI KEPALA IKAN

Bahan-bahan :-

1 ekor ikan seludu
3 sb rempah kari ikan
1 sb cili mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 st lada hitam
1 cawan air asam jawa
1 mangkuk santan pekat
5 biji kacang bendi
2 biji cili hijau
garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-caranya :-

1. Ikan dibersihkan dan toskan airnya
2. Bawang merah, bawang putih, daun kari dan lada hitam ditumbuk lumat.
3. Campurkan serbuk kari ikan dengan sedikit air dan gaul sebati.
4. Hiris sedikit bawang merah dan bawang putih serta setangkai daun kari untuk menumis.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang tadi. Bila telah naik bau masukkan rempah kari tadi dan biar sehingga naik minyak. Masukkan pula air asam jawa dan biar sebentar.
6, Masukkan kepala ikan dan tutup.
7. Masukkan pula santan kelapa dan biar sehingga mendidih.
8. Masukkan kacang bendi, cili hijau, garam dan sedikit serbuk perasa.
9. Biar sehingga mendidih sekali lagi dan siap untuk dihidangkan.



RENDANG ASAM IKAN

Bahan-bahannya :-

1 ekor ikan seludu
1 mangkuk air asam jawa
5 ulas cili merah
5 ulas cili hijau
5 ulas cili padi
2 inci halia
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
garam dan kunyit
sedikit gula

Cara-caranya :-
1. Ikan dibersihkan, lumur garam dan kunyit dan digoreng.
2. Cili merah, cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia dihiris
3. Gunakan minyak menggoreng ikan tadi untuk menumis bahan-bahan hiris diatas.
4. Bila telah layu semuanya, masukkan air asam jawa dan biar mendidih.
5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi beserta cili padi dan sedikit gula.
6. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan.







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net