Want your
own Fotopage?








 


By: Wattie Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 11-Jul-2009 14:32 Email | Share | Bookmark
Steam Buttercream Cake Class - 5th July 2009

rose yg paling besar tu dan 5 petal hasil kerjatangan ku
 
basketweave ni agak senang nak membuatnya
nampak licin tak permukaan kek ni
 
 
sifu tengah dok cedok nasi
ni ler lauk pauk yang dihidangkan
ni bila kek dah kena potong
Salam. Entry kali ini mengenai kelas steam buttercream cake yang berlangsung di rumah sifu Zana Raman Sg Dua. Kelas diadakan pada 5hb Julai 2009 dari jam 10pagi hingga ke petang lebihkurang jam 6. Dalam kelas hari tu, kami diajar cara-cara membuat steam buttercream, rosses and 5 petals. Agak tension jugak hari tu sebab dalam ramai-ramai, cuma aku sorang jer yang paling tak reti buat roses. Berkali-kali ku cuba buat, namun rose ku tak begitu menjadi......sampai ler adik diana tolong buatkan untuk diletak kat atas kek. Aku cuma mampu buat sekuntum jer yang paling besar tu, yg lain tu hampehhhhh. Terima kasih ya diana sebab tolong akak. Baru ku tahu betapa susahnya nak membuat bunga rose. Balik rumah nanti kena buat homework, praktis banyak-banyak utk mendapatkan hasil yang cantik.

Lunch break kami dijamu oleh Ana ngan hidangan nasi dan lauk pauk ala-ala kampung gitu...... emmm begitu menyelerakan, apatah lagi kami berkelah kat tepi rumah Ana betul-betul mengadap sawah padi nan menghijau......tambah-tambah la membangkitkan selera, siap bertambah lagi semua orang.......

Secara ringkasnya, aku memang berpuashati ngan kelas hari tu. Teman-teman sekelas pula semua begitu sporting. Kak Akma dengan keletahnya yang tak henti-henti bercakap buat kelas jadi gamat, Kak Sharifah yang sentimental value, Diana dgn senyuman yang tak lekang dr bibir, Mastura yang nampak serius, tapi kelakar jugak orangnya, Kak Naomi ngan ragam dialek mamak penangnya dan Fida yang jauh datangnya nun dari . Semuanya pandai-pandai belaka dalam hal mendeko kek ni, malu pulak rasanya aku ni yang lambat dok mengejar mereka. Ok, meh la kita layan picas yang sempat aku rakam pada hari itu.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net