Want your
own Fotopage?








 


By: Wattie Ismail

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Thursday, 31-Dec-2099 09:27 Email | Share | | Bookmark
MY NEW BLOG

Please feel free to visit my new blog
http://wattieshomemadecakes.blogspot.com//

Please scroll down for new updates


Add comment


Wednesday, 25-Aug-2010 12:02 Email | Share | | Bookmark
Seafood Paella dan Udang Masak Merah

Seafood Paella
Udang Masak Merah
Salam,





SEAFOOD PAELLA
Source : 30 minutes chef

Bahan2
2 cawan beras basmathi - dibersihkan dan toskan airnya
300gm udang segar - dibuang kulit dan kepala - saya tinggalkan ekornya saja
stok udang secukupnya - rebus kulit udang dan kepala
siput / kepah - saya tak letak
2 biji cili merah - potong batang mancis
2 biji cili hijau - potong batang mancis
3 biji bawang putih - dicincang
sedikit saffron
garam
minyak untuk menumis

Cara2
1. Panaskan minyak dan goreng cili merah dan cili hijau sehingga layu
2. Masukkan bawang putih dan goreng sebentar
3. Masukkan beras yang telah dicuci dan goreng sebentar
4. Masukkan stok udang dan kacau rata. Masukkan juga udang dan kepah dan gaul rata
5. Taburkan saffron dan biarkan nasi kering
6. Bila nasi kering, tutup kuali dengan penutup, perlahankan api dan biar nasi masak.



Add comment


Friday, 4-Jun-2010 08:59 Email | Share | | Bookmark
Sup Ekor Lembu dan Marble Cheese Brownies

 
 
 
View all 5 photos...
Salam,

Hari Jumaat lepas hubby bawak balik tulang lembu dan daging. Dah lama tak makan daging katanya. Kita pun buatla research sikit cari sup yang sesuai dan lain dari yang lain. Jumpa resepi ni kat fp mamasya, nampak sedap sangat. Jadi saya pun cubala buat, tp tak letak tomato puri sebab takder, digantikan dengan sos tomato. Rasanya boleh tahan jugak, memang lain dari yang lain.



Sup Ekor Lembu Chef Wan
Sumber: Blog Zaiy@Kenangan Terindah dan fp mamasya (terimakasih yer)

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.



Cuba jangan tak cuba. Try buat brownies la pulak. Copy paste resepi dari fp Meen. Tks yer Meen. Dulu pernah buat sekali, tp cheese menjunam ke dasar, huhuhu, overbake gamaknya. Ni buat lagi sekali, tak ada istilah patah semangat, hehehe. Dan alhamdulillah, menjadi. Rasanya pun memang sedap, patutla ramai orang suka.
Buat brownies ni masa tengahari dan buat separuh adunan sahaja, sekejap aja licin dikerjakan dek anak2, berbaloi ler mencuba.



MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan Choc. Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna whisk saja) sampai sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair > kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuhan coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak



>> sup ekor tu nampak menarik...
>> favourite tu...
Mon 21-Jun-2010 17:30
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam kak....
sedapnye sup ekor tuu...dah lme tk mkn...
Tue 22-Jun-2010 04:30
Posted by:sue  - [Link]
TUMPANG IKLAN YA..TQ
TESTIMONI SET ENVY

JANNA ANIS, Wangsa Maju,K.Lumpur.

Hamil anak pertama merupakan kenangan paling manis dalam hidup saya.
Tetapi ada juga yang pahitnya.
Berat badan yang dahulunya cuma 63kg naik sehingga 98kg.
Bayi yang lahir cuma seberat 3.1kg.
Semasa pantang, berkat nasihat ibu dan ibu mertua beserta amalan tradisional
seperti bertungku dan memakai barut, saya berjaya menurunkan berat sehingga 80kg.
Dan tiada penurunan lagi selepas itu! Setelah setahun berlalu, berat masih sama.
Potongan badan menjadi kembang.
Pelbagai jenis korset saya pakai untuk mengembalikan bentuk badan tetapi semuanya menyakitkan dan tidak berkesan.

Akhirnya Revell telah mengeluarkan Envy 4&5. Tetapi saya sudah serik.
Bekerja di PPR Saadah Badrus, saya melihat ramai yang membeli produk baru ini.
Saya teruja dan ingin mencuba. Pertama kali saya memakainya, saya sudah boleh memakai seluar dan baju lama kegemaran saya. Perbezaan dirasai serta merta. Dan saya sangat terkejut kerana ia tidak langsung menyakitkan. 8 dari 10 orang yang saya jumpa hari itu menegur saya nampak susut.

Kini saya telah memakainya selama 4 BULAN DAN BERAT BADAN TELAH TURUN SEBANYAK 16KG!
Untuk cepatkan turun berat badan,saya rajin minum air dengan TM1 sehingga 10gelas air sehari!
Sebagai pengguna dan pengedar saya nekad ingin berkongsi kebaikan produk ini
kerana hampir semua wanita mengalami masalah untuk mengekalkan bentuk badan.
Dalam sebulan lebih, saya telah menjual 65 set set Envy dan 100% pelanggan memberi
respon positif dan mereka telah mengesyorkan pada kenalan mereka pula.
Saya cuma ceritakan kelebihan dan perbezaan Envy dengan jenama lain.
---------------------------
Pertanyaan/order sms 012-6291231,emel city113@gmail.com

Wed 14-Jul-2010 05:33
Posted by:ENVY CORSET & GIRDLE  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 26-May-2010 07:53 Email | Share | | Bookmark
Happy Teachers Day

 
 
 
View all 9 photos...
Salam kepada semua pengunjung fp ku yang dikasihi sekalian, semoga kalian semua dirahmati dan dibawah lindungan Allah selalu hendaknya.

Agak lama juga saya tidak update fp ini, dah lebih sebulan lamanya, cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah sebulan, usiapun makin menginjak senja . Sebenarnya, bila dah ada dua buah rumah ni, terasa tak termampu pulak nak menguruskan kedua2 rumah, maka beginila jadinya, baru padan muka aku, pandai sangat bina rumah, kan dah terbiar. Takpa, insyaALLAH saya tidak akan mengabaikan rumah pertama saya ini, rumah yang telah banyak meninggalkan kenangan, membantu saya menambah ilmu dan rangkaian teman2 dalam bidang yang sama2 diminati. Akan saya jaga, akan saya hiasinya dengan sebaik mungkin.

Ok lah, kita ke n3 mengemaskini fp. Sempena Hari Guru yang disambut baru baru ini, iaitu pada 16hb Mei, anak saudara saya yang comee lotee, si Deanah Athirah Ainaa minta dibuatkan cuppies untuk dihadiahkan kepada gurunya. Mummy Deanah telefon petang Ahad, hari isnin dah nak cuppies, kira adhoc orderlah ni, mujur jugak ada bahan2 kat rumah. Cuppies ni dideco malam hari sampai jam 3 pagi, tu diaaaa penangan hasil keras tanganku, heheheheh

Tengokla hasilnya kat bawah ni, kelabu asap aja gambar cuppies tu sebab diambil pada malam hari, deco pun simple aja, sebab idea tak mari , saya memang tak berpuashati dengan deco tu.


Next day, saya tanya mummy Deanah, camana dengan cuppies tu, dia kata Deanah mengamuk sebab dia suruh mummy pesan kat Acik (sayala tu) buat cuppies dalam individual casing sebab dia nak bagi kat ramai cikgu, alih2 mummy tak khabarkan kat saya, saya buat macam biasa aja la.... letak dalam kotak bertingkap. Jadi, dia cuma dapat beri cuppies tu pada seorang cikgu saja, English teacher. Hari tu pulak, cikgu kelas Deanah pi belanja semua murid makan nasi lemak, punyala raplah jingga si Deanah dan rakan2nya, sebab malu alah kat cikgu depa (alamak ni tersasul dialek Penang lak pulak) sebab tak beri apa2.

Next day, siap Mummy Deanah telefon saya lagi kata Deanah dan teman2nya nak saya buatkan cuppies sorang 3 cawan dalam individual casing sebab mereka nak berikan pada cikgu-cikgu kesayangan mereka. Wahhh, bertuahnya cikgu dapat anak2 murid macam mereka ni, begitu sayangkan cikgu2, mesti cikgu2 kat sekolah tu pandai ambil hati merekakan . Jadi kat bawah ni, saya pun buatlah cuppies untuk mereka, setiap sorang 3 cawan berlainan design atas permintaan mereka


Inilah hasil cuppies saya yang tak seberapa, dibuat dengan sentuhan penuh kasih sayang sebagai menggambarkan keikhlasan dan rasa terimakasih seorang murid terhadap gurunya.




Setiap seorang 3 cawan dipack dalam individual casing.



Yang dibawah ini pulak sengaja saya buat lebih untuk hubby bawak semasa melawat temannya yang baru keluar dari hospital disebabkan stroke tempohari. Semuga dia segera sembuh sepenuhnya dan dapat menjalani kehidupan sebagaimana hari2 sebelumnya, insyaALLAH.


salam kak.....
lawa2 nyer cuppies akak....... tomeyyyy jer tgk........
Wed 26-May-2010 13:17
Posted by:sue  - [Link]
SALAM KAK WATTIE ARI TU DAH MASUK BLOG TAPI ENTAH APA HAL TAK LEH NAK LEAVE MSG PULAK
CANTIK LAH DECO2 TU
Mon 31-May-2010 03:45
Posted by:IeDa MaRLidA  - [Link]
Cantik deko atas cupcakes tu suma, kat sini Teacher's day di sambut pada 1st September. Tue 1-Jun-2010 04:46
Posted by:Mummy Jam  - [Link]
Add comment


Wednesday, 14-Apr-2010 11:30 Email | Share | | Bookmark
Ayam Percik dan Lopes

 
 
 
View all 6 photos...
Salam,

Dah lama teringin nak buat ayam percik. Hari ni makan tengahari saya buat ayam percik sahaja makan dengan nasi. Ayam percik ni saya tak panggang, sebab tak ada alat pemanggang, cuma letak dalam oven dan bakar sahaja. Kalau panggang lagi sedap kan sebab lebih garing.


Baru keluar oven, masih panas lagi....... meleleh air liur menengoknya....

Siap untuk dimakan dengan nasi. Meratah lagila sedap.......mmmmm nyum nyummmm

AYAM PERCIK
Sumber : Kak Liza (tks yer)

Bahan A:-
1 ekor ayam dipotong 4 bahagian - saya potong kecil
3 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa - saya ganti dengan limau kasturi 3 biji
1 sudu kecil gula - saya lebihkan
1 sudu besar halba - saya tak letak
garam secukup rasa

Bahan B:-
15 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
5 batang serai
1 inci lengkuas - ni saya tambah

Cara-Cara:-
1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul dengan garam.
2. Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa dan masak hingga 3/4 masak atau hingga kuahnya agak pekat. Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Keluarkan ayam dan letak di atas pemanggang sambil disiram kuah tadi dan bakar ayam hingga nampak garing
.

Petang tu buat lopes la pulak sebab stok beras pulut masih banyak. Daripada dimakan dek kutu beras, baik ler buat kueh.


Bekas yang berisi air gula tu sebenarnya adalah cenderahati pemberian adik Shahrul, assistant engineer kat tempat saya bertugas dahulu. Teringat juga dia kat saya belikan saya cenderahati ini semasa dia menjalani kursus di Jepun. Adik Shahrul ni sangat fasih berbahasa Jepun. Satu set bekas ni ada enam biji semuanya, comel2 belaka dihiasi dengan gambar gadis Jepun berpakaian kimono. Bila saya menggunakan bekas ni, maka fikiranpun teringatla kat dia, terimakasih banyak ya dik Shahrul.



LOPES
Sumber : fp mamafami (resepi Kak Liza) - tks yer

Bahan kuih :
2 cawan pulut [basuh dan rendamkan dengan 1 st air kapur]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan
1/2 biji kelapa parut muda

Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah



alahai ayam percik tue....sedapnya Sat 24-Apr-2010 09:26
Posted by:shaza  - [Link]
salam...
saya suka lopes...
kalau boh air gula banyak lagi best...
tak serik2kan... suruh kurang kan taknak...
tapi perpun yang der pulut memang saya suka...
Tue 27-Apr-2010 06:07
Posted by:cho zila  - [Link]
salam...
sunyijer...
sibukker??
Thu 20-May-2010 06:03
Posted by:cho zila  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Thursday, 8-Apr-2010 11:33 Email | Share | | Bookmark
Cream Puff

Belum masak lagi nii
Inti Custard
Baru keluar oven
View all 6 photos...
Salam,
Dua, tiga hari ini hujan tak berhenti2 turun dengan lebatnya, sejuk sungguh, tambah2 di pagi hari. Maka, perut ni pun mulala berkeroncong, fikiran pun apalagi mula la memikirkan apa nak makan. Belek punya belek waiting list yang ada kat dalam fail, terjumpala resepi ni, cream puff. Elok juga untuk dicuba. Alhamdullilah, percubaan pertama membuat cream puff membuahkan hasil yang tidak menghampakan walaupun bahan2 yang ada tidak begitu mencukupi.

Untuk pastri, saya gunakan marjerin bagi menggantikan butter. Masa mula-mula membakar, nampak macam puff nak merekah aja, dalam hati pun berkata, pakai tak jadi la niiiiii huhuhuhu. Tup-tup bila dah siap, elok jer jadinya. Untuk intinya saya letak krim kastad yang dibuat hasil adunan susu, gula, tepung kastad dan sedikit tepung jagung memandangkan tepung kastad tidak mencukupi. Untuk satu adunan dapatla 20 biji. Separuh darinya saya hantar kat jiran sebab nak memulangkan pinggan yang dah lama terperuk kat dapur yang diisi laksa tempohhari.


Ni baru keluar dari oven


Ni la rupa my first cream puff



Kalau ada yang teringin nak mencuba, resepinya kat bawah ya

CREAM PUFF
Source : Pn Jeni dan Chetam (tks to both of you)

Bahan2 pastri
125gm butter - saya guna marjerin
150gm tepung - diayak (saya guna tepung gandum)
1/4 st garam
1st gula
4 biji telur

Cara2
1. Didihkan air, garam, gula dan butter hingga cair.
2. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati sehingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan pada suhu bilik.
3. Bila sejuk, pukul sedikit dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memukul hingga adunan sebati elok jadinya.
4. Bakar pada suhu 200 C selama 25 minit atau sehingga kekuningan(saya bakar pada subu 165C)

Bahan2 Inti Custard
500ml susu segar - saya guna low fat milk
100gm gula
80 gm tepung custard (saya guna 40gm tpg custard dan 40gm tpg jagung)

Cara2
1. Masukkan tepung custard ke dalam susu beserta gula dan kacau rata.
2. Letakkan di atas api sederhana dan teruskan mengacau sehingga adunan pekat.
3. Angkat dan bolehlah dimasukkan ke dalam pastri

Nota
1. Pastikan oven panas terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff ini.
2. Boleh juga masukkan creamnya dari sebelah bawah dengan cara menebuk satu lubang kecil dan memicit ke dalam lubang itu.
3. Gunakan piping beg dengan nozzle yang kecil untuk menyumbat cream ke dalam puff.
4. Kalau tak ada piping beg, boleh guna gunting untuk potong sedikit bahagian tengah dan masukkan cream menggunakan sudu
.

kite penah gak try wat krim puff ni sbb suka sgt mkn..
tp mendukacitakan sbb bau telur (bukan salah resepi tp mungkin kesilapan sendiri)
pastu serik dh nk mencuba
kak watie guna resepi ni ok ke?
sbb tetiba teringin pulak nk buat
Sun 11-Apr-2010 04:34
Posted by:nuanza  - [Link]
kak cmne sy nk oder cream custard ni??? Thu 4-Nov-2010 04:20
Posted by:Erah
salammm......wati,sya nak tanya dlm resepi tu ada menyatakan didih kan air.apa maksud nya tu.klu di lihat dari bahan2 tu takde lak sukatan air.
Sat 19-Mar-2011 09:00
Posted by:nisak
View all 11 comments Add comment


Friday, 2-Apr-2010 08:39 Email | Share | | Bookmark
Mee Soto

 
 
 
View all 6 photos...
Salam,

Hari Ahad yang lepas terasa nak tukar selera pula. Setiap hari makan nasi jemu juga, kali ni tukar selerea masak mee soto pulak. Resepi mee soto ni adalah daripada kakak kakak ipar saya, Kak Nab. Kakak ipar saya ni orang Tangkak, Johor. Sewaktu berkunjung ke rumahnya sempena hari raya tak berapa lama dahulu, saya sekeluarga dihidangkan dengan mee soto ni..........siap pesan beberapa kali suruh datang, klu tak datang jugak nak disimbahnya kami dengan kuah soto ni, heheheh.... ganaih jugak depa ni

Saya ni pulak bila makan terasa sangatlah sedapnya, maka mulut ni pun terkeluar secara spontan bertanya mee ni buat camana, letak apa kat dalamnya. Masa tu arwah ibu kakak ipar saya masih ada lagi, dialah yang meminta kak Nab tolong khabarkan kat saya resepi ni. Bahan-bahan kat dalam resepi ni diberitahu secara lisan aja kat saya semasa sembang2 tanpa sukatan. Balik kerumah saya mengingat2 kembali apa bahan2nya dan saya tulis kat kertas. Selepas tu saya cuba buat dengan anggaran saya sendiri. Dan setelah beberapa kali cubaan, alhamdulillah beginilah hasilnya. Kebanyakkan yang merasa mee soto ini menggemarinya, siap minta resepi lagi........ Dan boleh dikatakan tiap tiap tahun mee soto ni menjadi hidangan wajib bila menjelang aidil fitri.


Mee soto ni kalau nak ditukarkan dengan nasi himpit pun boleh juga....... tp ianya paling sesuai dengan mee. Bak kata orang utara, kena dengan gu dia.....heheheh.


Yang ni accessories mee soto, korang pandai-pandaila letak mana yang korang suka. Antaranya adalah ayam rebus disiat memanjang, fish ball, fish cake, taugeh, daun saderi, daun bawang, bawang goreng dan cili padi berkicap.


Ni ler rupa kuah mee soto saya

MEE SOTO
2 bungkus mee kuning - dicelur dan toskan airnya.

Untuk kuahnya
1 ekor ayam dipotong 16 ketul - rebus dan siat klu suka
2 bungkus perencah sup berempah Adabi - dicampurkan dgn sedikit air
1 st kaskas - saya tak letak
1 bungkus sup bunjut adabi (keluarkan bahan2nya dan tumbuk halus)
2 ketul kiub ayam knorr - optional
8 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
1 mangkuk kacang goreng tanah
sedikit serbuk lada sulah
garam dan gula secukupnya

Cara2
1. Ayam yang telah dibersihkan direbus hingga masak. Keluarkan ayam dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang merah, bawang putih dan bahan2 sup yang ditumbuk. Sentiasa mengacau supaya bawang masak sekata. Goreng hingga garing.
3. Masukkan rempah sup adabi yang telah digaul dengan sedikit air. Goreng hingga pecah minyak.
4. Masukkan air rebusan ayam tadi dan gaul rata supaya rempah sup tidak bergentel.
5. Masukkan juga kacang goreng tanah, kiub ayam knorr, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
6. Gaul rata dan biarkan kuah mendidih dan agak pekat.
7. Siap untuk dituang ke atas mee soto.

Bahan2 hiasan
1 bungkus fish ball - dicelur dan dipotong kecil
5 keping fish cake - dicelur dan dipotong kecil
Taugeh - dicelur
Daun bawang - dipotong halus
Daun saderi - dipotong halus
Bawang goreng
Cili padi - ditumbuk dan dicampurkan kicap pekat

Cara2 menghidang
1. Masukkan mee ke dalam pinggan
2. Letakkan bahan2 tabur spt, ayam rebus siat, fish ball, fish cake, taugeh
3. Tuangkan kuahnya.
4. Taburkan pula bahan2 hiasan seperti, daun bawang, daun sadri, bawang goreng.
5. Siap untuk dimakan.

sedapnya mee soto
biasa mkn kat kafe kite suka campur bihun ngan nasi impit...kekadang mee ngan bihun...
buat sendiri lom pernah lg sbb en garpil x berapa layan...kalo nk mkn sorang, malas lak nk membuatnya...tp menu yg bagus kalau ada tetamu kan...
Tue 6-Apr-2010 07:26
Posted by:nuanza  - [Link]
huhuhu peberet sy nih,,,mai spinggan Tue 6-Apr-2010 10:51
Posted by:lan  - [Link]
np ade lalat.......................... Wed 24-Aug-2011 03:06
Posted by:unnamed
View all 12 comments Add comment


Monday, 29-Mar-2010 08:54 Email | Share | | Bookmark
Kelas Birthday Cake - Ben 10

 
 
 
View all 6 photos...
Salam,

Hari Ahad, 21hb Mac yang lepas saya berkesempatan menghadiri satu lagi kelas mendeko kek, kali ini kelas mendeko birthday cake. Macam biasalah sifu saya Zana Raman dari Elianas Homemade Cakes. Kelas bermula dari jam 2.30petang membawa ke petang lebih kurang jam 7.00pm. Kelas memang sangat mengasyikkan kerana masing-masing leka dengan deko memasing. Suatu kelainan dari kek-kek yang sebelum ini kerana kali ini menggunakan piping gel untuk menghasilkan design yang diingini. Kelas dihadiri oleh seramai 4 orang dan kesemuanya adalah ex-student Ana termasuklah saya.




Ben 10 adalah my personal request design sebagai memenuhi permintaan anak kecil saya. Mujur juga Ana ada gambar Ben 10 yg diprint atas edible, jenuh juga saya nak mendeko, agak rumit tetapi menyeronokkan. Amacam, ada rupa Ben 10 tak?

Nak tau apa reaksi si kecil Daney bila melihat kek ini? Alahai tersangatla seronok, tak habis2 mulut bertanya kek siapa ni...Yang si abang kat sebelah lak cam jeles aja tengok si adik dpt kek ben 10 . Kerana nak ambik hati anak2 semua, saya pun katala kek ni kena share sebab mama tak tulis nama, barula abang nampak ceria kembali, mujur jugak si adik faham dan tak buat hal. Lepas dapat kek, Si Daney sayangla pulak nak potong, kesana sini diusungnya kotak kek, kejap, kejap buka kotak tengok Ben 10, kejap2 tengok Ben 10, siap suruh saya buat lagi kek Ben 10 aksi lain pulak ataupun kek Naruto.. ...pulak dahhhhh...... Nantila bila dah habih kek ni baru mama pikir nak buat kek apa lak.


Antara kek-kek yang dihasilkan oleh student yang attend kelas tersebut. Lihatlah hasil kreativiti masing-masing dengan bantuan sifu.



Masa ni, masing-masing tengok kusyuk mendengar sifu memberi penerangan sambil tangan melakukan tugasan. Antara yang hadir ialah Kak Akma, Kak Ruby dan Yatie. .



wah...sgt kagum! ok aper kek ben10 tu! mesti sedap kan? Thu 1-Apr-2010 07:24
Posted by:Liya >>Mama Eyrfran<<  - [Link]
waaaa ben10 laa,,,nmpak kat ank sy tu mesti tgedik2 nak
rep; kamera tu yg analog la akak,,pakai negatif,,,tp murah la,,350 je satu....nak blajar kamera kena la join kelas/outing baru senang dapat
Thu 1-Apr-2010 08:47
Posted by:lan  - [Link]
Cantik kek akak...klu bg liyana yg buat sure x jd rupe Ben 10...entah apa2 rupe nanti yg jd...hahaha... Tue 6-Apr-2010 04:41
Posted by:Liyana  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Sunday, 21-Mar-2010 14:23 Email | Share | | Bookmark
Karipap Pusing (Spiral Curry Puff) and my new blog

 
 
 
View all 8 photos...
Salam semua,

Alhamdullillah, kita bertemu lagi untuk kesekian kalinya. Sebagai pembuka bicara izinkan saya mewar-warkan sesuatu untuk semua yang sudi berkunjung. Sesungguhnya, kunjung mengunjung itu amalan mulia. Jika anda semua berkesempatan, sudi-sudikanlah menjenguk rumah baru saya ya di
http://wattieshomemadecakes.blogspot.com dan tinggalkanlah jejak agar saya boleh membuat kunjungan balas, insyaALLAH. Blog yang masih dalam pembinaan ini adalah khusus untuk bisnez kecil-kecilan saya yang baru hendak bermula



Eksperimen membuat karipap pusing ini entah kali yang keberapa saya mencuba tak tau ler. Seingat saya banyak kali juga, malangnya hasilnya selalu menghampakan. Selalunya bila saya buat karipap pusing tak pernah pun kelihatan pusingannya, sebaliknya jadi epok2 atau karipap biasa. Jalur gemilangnya langsung tak kelihatan. Membuat karipap pusing ini tidaklah terlalu rumit sebenarnya, cuma memerlukan sedikit tenaga untuk menguli, lagi lama diuli, lagi lembut dan cantik hasilnya.

Entah bagaimana, tetiba kali ni menjadi pulak, alhamdulillah, mungkin juga berkat kesabaran saya yang tidak pernah berhenti mencuba, maka kali ini terhasillah karipap pusing idaman saya walaupun rupanya tidak seindah karipap yang dibeli atau dibuat pro. Berbaloi jugakla saya menguli. Saya mencuba dua resepi, satu dari kak liza dan satu lagi dari blog bro rozzan (sumber yatt). Lihatlah hasil dari kedua2 eksperimen saya itu. Apa yang penting, melalui ruangan fp ini saya berpeluang mempelajari sedikit sebanyak teknik membuat karipap pusing dengan cara yang sepatutnya. Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan, semuga apa yang anda sumbangkan mendapat keberkatan dan diredhai ALLAH hendaknya.



Resepi ini banyak menggunakan minyak dan marjerin jadi hasilnya karipap sangat gebu dan rangup. Perlu berhati-hati bila menggoreng kerana adunannya rapuh dan mudah berderai.

[b]KARIPAP PUSING
Sumber : Helikonia (blog bro rozzzan) - tks to both of you

Bahan A - Doh Minyak
600gm tpg gandum
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
2-3 cubit garam
Gaul dan uli hingga sebati. Buatkan bebola2 kecil

Bahan B - Doh Marjerin
400 gm tpg gandum
150 gm margerin
Gaul dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekit. Buatkan bebola2 lebih kecil dari doh minyak.

Cara-cara
Ambil setiap bebola dari doh marjerin dan masukkan ke dalam bebola minyak yang telah dileperkan hingga menjadi satu bebola besar. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan. Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi. Akhir sekali, potonglah doh ini kepada 3-4 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kepada kesemua bebola tadi hingga selesai.

Ambil satu gulungan yang telah dihiris/dipotong tadi dan canai leper. Masukkan inti dan tutupkan semula dengan kemas. Kelimlah dengan teliti. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dengan api sederhana.

Untuk intinya anda bolehlah menggunakan sebarang inti inti kegemaran anda seperti inti kentang atau sardin
.



Ini pulak hasil dari resepi kak liza. Adunannya rangup tetapi tidak berderai kerana ia hanya menggunakan marjerin dan crisco dan tidak menggunakan minyak. Agak mudah dikendalikan semasa menggoreng. Jadi, anda pilihlah yang mana satu idaman kalbu. Kedua-duanya sedap-sedap belaka. Tepuk dada tanya selera

KARIPAP PUSING

Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam

Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut

Cara-cara
1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.
2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.
3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.
4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi. Buat kesemua bebola sehingga habis.
5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.
6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.
7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan Inti.
1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang]
500 gm ubi kentang [potong dadu]
1 s/b rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.



caiyokk kak...ehehehhehe...
karipap tu, kalo bg kite, mmg dh teramat jd dah tu...skang ni nk wat karipap biasa pun terkial2 lg, apatah lg nk memusing...eheheheh
wah...dh ada blog baru ye kak...jap nti nk g melawat jap ye
Thu 25-Mar-2010 11:29
Posted by:nuanza  - [Link]
salam,....
karipap pusing.. sedaptu.. kenpa yerk kalau der karipap pusing ngan karipap biasa mesti ambik yang pusing.. rasa lagi puas makan...
ooo dah der blog yerk.. jangan lupa update fp tau...
Fri 26-Mar-2010 03:20
Posted by:cho zila  - [Link]
Salam Wattie....wah buat karipap pusinggggg......sedap pasti lah sedap....dah ada banglow baru....?
Tahniah.......nanti satu hari nak pi...boleh tak?Hehehehehehe......
Sat 27-Mar-2010 11:14
Posted by:Kak Rus  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Tuesday, 16-Mar-2010 15:50 Email | Share | | Bookmark
Fondant Cuppies untuk dik Norzie dan cucur jagung berkarrot

 
 
 
View all 11 photos...
Salam,

Macam biasalah bila musim cuti sekolah bermula, maka musim kenduri kahwin pun menyusul tiba. Boleh dikatakan tiap2 minggu ada kenduri. Cuppies kat bawah ini ku buat untuk adik Norzie, jiran setaman yang melangsungkan perkahwinannya pada 14hb Mac yang lepas. Ini adalah cuppies fondant ku yang pertama, sebagai mempraktikkan apa yang telah dipelajari tak lama dulu. Lihatlah hasil pertama ku.







Promosi sikit yer. Jika anda berminat untuk menempah cuppies yang sebegini atau yang sewaktu dengannya , silalah hubungi saya melalui sms/tel 012-4742726 atau email saya di watti.ismail@yahoo.com / watti.ismail@gmail.com.



Ini pula resepi untuk dikongsi bersama kali ini, cucur jagung berkarrot. Buat cucur ni kerana ia tidak pedas dan sesuai untuk anak kecil saya yang tidak sukakan pedas. Ilham membuat cucur ni datang setelah anak saya yang dulu saya letak kat transit menyuruh saya buat cucur ni sebab cikgu dekat transit selalu buat dan sedap katanya. Maka, saya pun setelah mengolah sedikit sebanyak dari resepi cucur cucur yang pernah saya buat maka terhasillah cucur sebagaimana yang dikehendaki oleh anak saya. Cucur ni sedap dimakan panas2 kerana rangup apatah lagi dicicah dengan sos. Kalau makan begitu saja pun sedap. Dan saya namakan ia Cucur Jagung Berkarrot bersempena dengan bahan2 yang terdapat di dalamnya




CUCUR JAGUNG BERKARROT

Bahan2
450gm tepung gandum
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 batang karrot - dipotong dadu/batang mancis
1 mangkuk isi jagung
300gm isi udang hidup
1 1/2 cawan air suam
1/2 st soda bicarbonate
1 sudu makan yeast
1 st garam
1 st serbuk lada sulah

Cara-caranya

1. Masukkan tepung dan soda bicarbonate ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan yeast yang telah dikembangkan terlebih dulu beserta air. Gaul sebati.
2. Seterusnya masukkan bahan-bahan lain seperti bawang besar, karrot, jagung, udang, garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata.
3. Perapkan adunan in selama lebih kurang 1-2 jam.
4. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam minyak panas yang penuh.
5. Goreng hingga kuning keemasan.
6. Angkat dan toskan minyaknya.
7. Siap untuk dihidangkan bersama sos.

dah cantik sgt dah tu wattie...
kalu kita buat selalu memang terer kan....
tp tu la cam kh kat estet nih susah sikit sebab org x ramai....masyarakat semua keja kg jer...tp kalu tinggal kat bandar2 ok la.....

re:sagu tu try la buat....cam cendol jer la.....kekadang kh makan + pulut tanak+kacang...sodap
Fri 19-Mar-2010 01:26
Posted by:kak hanAZ  - [Link]
wah..wah..wah..cunnye fondan kapis tu..mesti kembang hati si penerima kapis tu nnti...
esok pagi cam nk buat cucur udang lah!!!!
Fri 19-Mar-2010 12:41
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Salam kak...
Cantiknye fondant cuppies akak...nk makan pun sayang...
Sedap ke kak cucur jagung berkarrot tu...blh la cuba nanti...

re: ye la kak, memang berbaloi...baloi...hehehe...
Sat 20-Mar-2010 09:23
Posted by:Liyana  - [Link]
View all 11 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen4.pidgintech.com